Thursday 26 January 2012

Kalam Walid...

"Saya Al Faqir Muhammad Fuad mengucapkan tahniah di atas bulan kelahiran Cahaya Atas Segala Cahaya, bulan kegembiran dan kesyukuran bagi seluruh makhluk. Moga semakin menjulang keazaman dan mujahadah dalam membina empayar Mahabbah Rasulillah dan menegakkan sunnahnya bagi melahirkan insan Muhammadi. Tiada apa yang dapat diungkapkan pada hari yang penuh bermakna bagi seisi alam ini buatmu Ya Rasulullah melainkan "Aku jadikan ayah dan ibuku sebagai tebusan buatmu Ya Rasulallah." Semoga engkau perkenan menerima kami sebagai khadammu sehingga akhir hayat..........."

Semoga kita merenungi apa yang walid ingin sampaikan... Selamat datang Rabiul Awwal..
Marhaban Ya Nur al-Aini...Marhaban Jaddal Husaini....

Monday 23 January 2012

Idolaku...Rasulullah..

Hakikatnya masih ramai umat Islam hari ini tidak mengenali siapa sebenarnya yang patut untuk dijadikan idola. Kebanyakan yang menjadi idola kita adalah golongan yang tidak sepatutnya dan hanya Allah sahaja yang tahu kenapa mereka yang dicontohi. Sememangnya tidak salah untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai idola, tetapi adakah orang kafir laknatullah itu yang kita contohi? Adakah orang yang banyak menjauhkan kita kepada Allah yang ingin kita teladani? Hal ini banyak berlaku kepada golongan remaja harapan ummah kita dan banyak faktor yang menjadi punca masalah ini. Oleh itu, perkara ini seharusnya menjadi satu perkara yang serius dan tidak sepatutnya dipandang enteng.
Justeru itu, alfaqirah dengan rasa rendah hati ingin mengajak diri alfaqirah dan juga sahabat untuk kembali menyelami kesempurnaan sifat yang dimiliki oleh insan agung ini yang mana Bagindalah yang harus menjadi ikutan kita walaupun kita akur akan kelemahan diri kita.

Rasulullah SAW......

  • Sebaik-baik manusia dari segi kejadian dan akhlaknya
  • Pemberi petunjuk kepada jalan kebenaran
  • Akhlaknya adalah al-Quran
  • Tabiatnya suka memaafkan; memaafkan kesalahan yang orang yang bersalah terhadap dirinya, tetapi apabila dicuaikan haq Allah, tiada siapa yang dapat menahan kemarahannya
  • Melihatnya kali pertama, akan merasa gerun kerana kehebatannya
  • Baginda sentiasa memenuhi undangan orang miskin
  • Berkata benar walaupun pahit
  • Tidak pernah ingin menipu dan menyusahkan orang Islam yang lain
  • Tidak pernah  mengeji atau mencela orang
  • Apabila Baginda bercakap, seolah-olah permata sedang gugur daripada perkataannya
  • Apabila Baginda lalu di sesuatu tempat, dapat diketahui bahawa tempat itu dilalui oleh Baginda kerana bau harumnya masih tercium
  • Apabila Baginda berjalan d iantara sahabat-sahabatnya, Baginda seolah-olah bulan purnama yang dipagari bintang
Inilah ANTARA sifat daripada sifat-sifat agung Rasulullah yang alfaqirah ambil daripada kitab Maulid ad-Daiba'i oleh Abdurrahman ibn ad-Daiba'i al-Syaibani. Seperti kata Syeikhuna, sesiapa yang ingin mengetahui sirah Maulid junjungan kita, cukup dengan membaca kitab ini kerana 99% daripadanya diambil daripada hadis-hadis yang sohih. Oleh itu, ketahuilah bahawa Rasulullah SAW  tidak sama sekali seperti kita manusia biasa, yang pernah digembar-gemburkan oleh ahli bid'ah.
والله أعلم

Sunday 22 January 2012

أتينك بالفقر

أتَيْنَكَ بِالْفَقْرِ يَا ذَالْغِنَىَ
وَأنْتَ الَّذِي لَمْ تَزَلْ مُحْسِنًا
aku hadir kepadaMU dengan kefaqiran,
wahai Tuhan yang mempunyai Kekayaan...
Engkau sentiasa memberi rezeki dan pertolongan..

وَعَوَّدْتَنَا كُلَّ فَضْلٍ عَسَى
يَدُوْمُ الَّذِي مِنْكَ عَوَّدْتَنَا
Engkau sentiasa melimpahkan kepada kami nikmat dan kesenangan,
semoga ia tiada pengakhiran...

إِذَا كُنْتَ فِي كُلِّ حَالٍ مَعِي
فَعَنْ حَمْلٍ زَادِي أَنَا فِي غِنَى
sekiranya Engkau sentiasa bersamaku dalam setiap keadaan,
nescaya tidak perlu bagiku menyediakan bekalan...

رَأَيْنَكَ فِي كًلِّ أَمْرٍ بَدَى
وَلَيْسَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ لَنَا
kami ingin sentiasa mengingatiMu dalam segala urusan,
tetapi tidak berdaya, hanya berserah kepadaMU ya Allah

فَيَا رَبِّ صَلِّي عَلَى الْمُصْطَفَى
صَلَاةً تَكُونُ شِفَاءً لَنَا
maka ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi pilihan,
selawat yang menjadi penyembuh kepada kami...

وَيَا رَبِّ صَلِّي عَلَى الْمُصْطَفَى
  صَلاَةً تَكُونُ أَمَانًا لَنَا
dan limpahkanlah selawat ke atas Nabi pilihan ya Allah,
selawat yang membawa keamanan kepada kami...    


Antara qasidah yang sememangnya telah membuat hati alfaqirah tersentuh...
Sesungguhnya alfaqirah hadir kepadaMu dalam keadaan diri alfaqirah ini tersangatlah faqir dan hina di sisiMu...
untuk mengingatiMu dalam setiap masa dan keadaan yang mana ia menjadi keinginanku setulusnya alfaqirah sendiri tidak berdaya,
oleh itu, apa yang alfaqirah mampu hanyalah berserah kepadaMu ya Allah...
maka limpahkanlah selawat dan salam ke atas kekasihMu, insan yang terlalu alfaqirah inginkan kasihnya...
kerana sesungguhnya, ia lah yang menjadi penyembuh jiwaku.... 

صلوا على خير النبي