Justeru itu, alfaqirah dengan rasa rendah hati ingin mengajak diri alfaqirah dan juga sahabat untuk kembali menyelami kesempurnaan sifat yang dimiliki oleh insan agung ini yang mana Bagindalah yang harus menjadi ikutan kita walaupun kita akur akan kelemahan diri kita.
Rasulullah SAW......
- Sebaik-baik manusia dari segi kejadian dan akhlaknya
- Pemberi petunjuk kepada jalan kebenaran
- Akhlaknya adalah al-Quran
- Tabiatnya suka memaafkan; memaafkan kesalahan yang orang yang bersalah terhadap dirinya, tetapi apabila dicuaikan haq Allah, tiada siapa yang dapat menahan kemarahannya
- Melihatnya kali pertama, akan merasa gerun kerana kehebatannya
- Baginda sentiasa memenuhi undangan orang miskin
- Berkata benar walaupun pahit
- Tidak pernah ingin menipu dan menyusahkan orang Islam yang lain
- Tidak pernah mengeji atau mencela orang
- Apabila Baginda bercakap, seolah-olah permata sedang gugur daripada perkataannya
- Apabila Baginda lalu di sesuatu tempat, dapat diketahui bahawa tempat itu dilalui oleh Baginda kerana bau harumnya masih tercium
- Apabila Baginda berjalan d iantara sahabat-sahabatnya, Baginda seolah-olah bulan purnama yang dipagari bintang
والله أعلم
No comments:
Post a Comment